MRSM FELDA telah ditubuhkan pada 1 Disember 2007 dengan menumpang Kolej Komuniti bertempat di Feldajaya Utara, Jalan Meranti 2, Sungkai, Perak. Maktab ini terbina atas cetusan minda Tmbalan Perdana Menteri, ketika itu Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak yang terlalu mengagumi prestasi MRSM dalam peperiksaan SPM dan PMR. Ekoran itu termeterailah satu perjanjian yang diberi nama Perjanjian Kerjasama Antara MARA dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ada tanggal 30 Mac 2007. Lantaran keserasian dalam perjuangan - MARA dan FELDA - yang saling melengkapi, maka bolehlah diterjemahkan sebagai satu usaha untuk mengangkasakan Bangsa Melayu menerusi pendididkan agar lebih perkassa dalam menjalani proses glokalisasi.
Maktab ini mula diterajui oleh En. Salaeh Bin Osman selaku pengetua perintis, sejak 1 Diseber 2007. Dijangkakan bahawa bangunan baru yang sedang pesat dibina di atas tapak seluas 86.06 ekar di Feldajaya Utara, kini akan disempurnakan pada penhujung tahun 2008 sememtara operasi pendidikan dapat dilakukan pada awal tahun 2009, MRSM FELDA yang terletak di lokasi yang sungguh indah, nyaman dan mengilhamkan ini, telah menerima pelajar perintis pada 18 Februari 2008 di bangunan sementara, seramai 200 orang.
No comments:
Post a Comment