LaYaN LeToSs!!

Kampus Baru MRSM FELDA
MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak dikenali sebagai MRSM yang paling moden dan terbesar di antara semua MRSM yang wujud pada masa ini dengan jangkaan kapisiti pelajar seramai 1200 orang.
“…institusi pendidikan pertama di tanah rancangan Felda itu bernilai RM123 juta dan ia jauh lebih mahal berbanding kos pembinaan MRSM lain iaitu sekitar RM80 juta”
Dilihat daripada kos pembinaan yang lebih daripada MRSM lain, diharapkan tiada masalah utama berkaitan bangunan dan tanah terjadi di MRSM Felda.
“Sebanyak 80 peratus daripada pelajar di MRSMF ini merupakan anak peneroka dan tempat ini akan dijadikan pusat program pembelajaran ‘International Baccalaureate’ (IB) untuk membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara.”
Pembinaan MRSM ini bernilai RM103.8 juta dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2009. MRSM ini dilengkapi perlbagai kemudahan yang mampu menampung pelajar seramai 1,050 orang. Bnagunan yang dibina terdiri daripada blok perntadbiran, blok akademik, blok bengkel dan makmal, blok perpusatakaan, blo pernginapan, dewan serbaguna, kafeteria dan kawasan rekreasi. Pada bahagian blok akademik terdapat dua blok empat tingkat yang menempatkan 44 bilik darjah, manakala satu blok perpustakaan setinggi dua tingkat menepatkan dua bilik audio visual, pejabat, ruang uku dan stor. Penginapan pula disediakan tiga blok asrama lelaki dan tiga blok asrama perempuan setinggi empat tingkat dengan kapasiti 525 pelajar lelaki dan perempuan. Dewan serbaguna seluas berkeluasan empat gelanggang badmintonn, bilik persalinan, bilik air dan bilik persediaan di belakang pentas.
![]() |
Dewan serbaguna MRSM Felda. |
Sejarah MRSM FELDA
MRSM FELDA telah ditubuhkan pada 1 Disember 2007 dengan menumpang Kolej Komuniti bertempat di Feldajaya Utara, Jalan Meranti 2, Sungkai, Perak. Maktab ini terbina atas cetusan minda Tmbalan Perdana Menteri, ketika itu Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak yang terlalu mengagumi prestasi MRSM dalam peperiksaan SPM dan PMR. Ekoran itu termeterailah satu perjanjian yang diberi nama Perjanjian Kerjasama Antara MARA dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ada tanggal 30 Mac 2007. Lantaran keserasian dalam perjuangan - MARA dan FELDA - yang saling melengkapi, maka bolehlah diterjemahkan sebagai satu usaha untuk mengangkasakan Bangsa Melayu menerusi pendididkan agar lebih perkassa dalam menjalani proses glokalisasi.
Maktab ini mula diterajui oleh En. Salaeh Bin Osman selaku pengetua perintis, sejak 1 Diseber 2007. Dijangkakan bahawa bangunan baru yang sedang pesat dibina di atas tapak seluas 86.06 ekar di Feldajaya Utara, kini akan disempurnakan pada penhujung tahun 2008 sememtara operasi pendidikan dapat dilakukan pada awal tahun 2009, MRSM FELDA yang terletak di lokasi yang sungguh indah, nyaman dan mengilhamkan ini, telah menerima pelajar perintis pada 18 Februari 2008 di bangunan sementara, seramai 200 orang.
Subscribe to:
Posts (Atom)